Miss Ripley

Miss Ripley (Hangul: 미스 리플리) ialah sebuah siri televisyen Korea Selatan tahun 2011 dibintangi oleh Lee Da-hae, Park Yuchun, Kim Seung-woo dan Kang Hye-jung. Ia disiarkan menerusi saluran MBC bermula 30 Mei sehingga 19 Julai 2011 pada hari Isnin dan Selasa pukul 9:55 malam sebanyak 16 episod.